Tuesday 13 March 2012

labah-labah

Funnel Webspider adalah labah-labah yang sangat berbisa di Australia. Adalah salah satu labah-labah yang paling hebat mematikan lawannya di dunia, beringas dan suka berkelahi, jika manusia terkena gigitannya, akan menemui maut dalam tempoh waktu 15 minit.

LIipas


Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup. Lipas mempunyai darah berwarna putih. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya. Lipas betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya Lipas ada gigi di dalam perutnya. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.

Monday 12 March 2012

semut api


Semut api yang bewarna merah dan mampu mengigit. Semut api adalah serangga merah  yang berukuran kecil. Semut api ini menyerang mangsa dengan sangat agresif mengunakan jarum beracun.  Gigitannya amat menyakitkan, dikatakan semut api ini dinamakan sedemikian kerana gigitannya seperti dibakar api.Gigitannya mampu menyebabkan tempat yang digigit berair, dan bagi mereka yang mempunyai alahan, mampu menyebabkan mata dan telinga bengkak.Telah diamati bahwa semut api muda dapat mencederai atau bahkan membunuh reptil atau bayi menjangan. Selain itu, semut agresif ini mampu menyebabkan terpadam nya elektrik dengan merosak kabel.



rama-rama




Taman bunga menjadi indah apabila dihiasi rama-rama berwarna-warni. Sifat rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari tanpa henti mencerminkan betapa bebasnya hidup serangga ini. Rama-rama mencari madu bunga sebagai makanan. Lidah rama-rama yang bergelung itu begitu mudah dilentur untuk menghisap madu dan menyapu debunga.
Tahukah kawan-kawan bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.

Friday 9 March 2012

tentang serangga.

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi. Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :- * Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks. * Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen. * Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.